Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Skim Perumahan Negara (SPN)

Syarat Permohonan Skim Perumahan Negara (SPN)


  • Pemohon mestilah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun keatas

  • Pemohon atau isteri/suami tidak mempunyai tanah bergeran

  • Pemohon hendaklah berpendapatan diantara $445.00 hingga $3,030.00 sebulan (tertakluk kepada perubahan semasa)

Makluman Terkini: Permohonan bagi mengikuti Skim Perumahan Negara boleh dibuat secara atas talian (online application) melalui Portal Kementerian Pembangunan, tekan ikon dibawah:

icon.SPN.png

Perhatian: Untuk mengakses perkhidmatan pada Portal Kementerian Pembangunan, awda hendaklah mempunyai akaun e-darussalam untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.


DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHADAPKAN SEMASA MENGHADAPKAN PERMOHONAN:-

1. Pengenalan Diri / Keterangan Peribadi, sila sertakan Satu (01) Salinan:
    a) Kad Pengenalan Pemohon
    b) Kad Pengenalan Suami / Isteri (jika isteri lebih dari seorang, untuk disertakan bersama-jika berkenaan)
    c) Sijil Nikah / Kahwin / Cerai
    d) Sijil Kematian Suami / Isteri bagi pemohon Balu dan Duda (jika berkenaan)

2. Bagi Pemohon yang berkhidmat dengan Kerajaan, sila sertakan Satu (01) Salinan:
    a) Surat Tawaran lantikan bekerja atau salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan Lanjutan [bagi pegawai beruniform: Angkatan Bersenjata
        Diraja Brunei sahaja]
    b) Slip Gaji terkini
    c) Slip Pencen terkini (bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang sudah bersara dan menerima pencen bulanan - jika berkenaan)

3. Bagi Pemohon yang berkhidmat dengan Syarikat Swasta, sila sertakan Satu (01) Salinan:
    a) Slip Gaji terkini yang ada menyatakan potongan TAP / SPK (12 bulan kebelakangan)
    b) Surat Pengesahan Pekerjaan daripada Majikan yang ditujukan kepada Pengarah Kemajuan Perumahan
    c) Surat Pengesahan daripada Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Negara tempat bekerja (jika berkenaan)
    d) Slip Komisyen terkini bagi 12 bulan kebelakangan (jika berkenaan)
    e) Slip Pencen terkini (bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang sudah bersara dan menerima pencen bulanan - jika berkenaan)
    f) Perkiraan Pendapatan bagi Pemohon Yang Berkhidmat Dengan Syarikat Swasta / Bekerja Sendiri / Berniaga (cetakan berwarna / printed
       colour)

4. Bagi Pemohon yang bekerja sendiri / berniaga, sila sertakan Satu (01) Salinan:
    i) Penyata Akaun Bank Perniagaan Yang Terkini (12 bulan kebelakangan):
       a) Perlu ada menunjukkan pengeluaran bayaran seperti gaji pokok, Director's fee, komisyen dan yang sebanding dengannya yang
           dipindahkan (transfer) dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi
       b) Sila tandakan (highlight) pengeluaran bayaran seperti gaji pokok, Director's fee, komisyen dan yang sebanding dengannya yang
           dipindahkan dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi

   ii) Penyata Akaun Bank Peribadi Yang Terkini (12 bulan kebelakangan):
       a) Perlu ada menunjukkan kemasukan pendapatan yang diterima hasil daripada perniagaan yang sedang dijalankan seperti gaji pokok,
           Director's fee, komisyen dan yang sebanding dengannya yang diterima dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi
       b) Sila tandakan (highlight) kemasukan pendapatan yang diterima seperti gaji pokok, Director's fee, komisyen dan yang sebanding
           dengannya yang diterima dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi

    iii) Sijil Pendaftaran, Akta Nama-Nama Perniagaan (Bab 16) / Business Names Act (Section 16)

    iv) Sijil Pendaftaran (Seksyen 17) / Certificate of Registration (Section 17) atau Registry of Business Names Brunei Darussalam 
         Brunei Name Extract

    v) Perkiraan Pendapatan Bagi Pemohon Yang Berkhidmat Dengan Syarikat Swasta / Bekerja Sendiri / Berniaga (cetakan berwarna
         / printed colour)